About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Wednesday, April 13, 2011

PRN SARAWAK: TANAH ADAT SEMAKIN PUPUS

Dari tanah engkau datang kepada tanah juga engkau di kembalikkan. Bagi sebuah negeri yang begitu luas, aset yang paling penting di Negeri Sarawak ialah tanah dan hasil mahsul dari pada kawasan tanah negeri. Bila bercerita tentang tanah di negeri Sarawak ini apayang boleh dibayangkan ialah hasil tanah terbesar Sarawak ialah balak. Kawasan atau tanah-tanah ini telah banyak di ambil dan dicuri oleh King Taib atau Rajah Taib.

Cabaran untuk mencari bahan bagi rujukan adalah,terlalu banyak blog dan website yang disekat hari ini. Website Sarawak Report edisi disekat terutamanya tentang kisah perampasan tanah oleh Regim Zalim Be End pimpinan King Taib @ Rajah Taib. Begitu takut regim yang gila kuasa ini. Dah macam orang mabuk, atau memang mereka benar-benar mabuk.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa sumber yang masih boleh didapati walaupun tidak selengkap seperti yang sepatutnya. Tahukah anda di dalam tahun 2011 ini sahaja sudah terdapat 200 kes persengketaan Tanah Dayak. Menurut laporan beribu-ribu ekar Tanah Dayak telah dirampas oleh King Taib @ Rajah Taib dan digondol oleh keluarga kerabat King Taib @ Rajah Taib.

Menurut sumber berikut adalah sebahagian perampasan tanha yang terbaharu, dan ini bukanlah kesemuanya:

Bidayuh : Munggu Kupi dan Antara Sg. Igom Sadong. Dirampas oleh bomoh kepada Taib [Ahmad bin Su'ut] – Poliga Sdn Bhd

Melanau : Pulau Bruit di rampas oleh Raziah Mahmud [adik perempuan Taib] Quality Concrete Holdings.
 
Iban : Sebangan dirampas oleh Taib Mahmud dan anak saudara Taib dan saudara maranya. Eastern Eden, Poh Zhen dan Mesti Bersatu Sdn Bhd.
 
Iban : Kawasan Jalan Lidong dirampas oleh Timbalan Ketua Menteri Jabu [ Gerald dan Barbara Jabu] – Herba Aromatics Sdn Bhd
 
Iban : Sungai Takan dan Hulu Sungai Nyatak, Tatau dirampas oleh anak saudara Taib Elia Geneid. – Ikrar Bumi Sdn Bhd.
 
Iban : Bijat Land District dirampas oleh anak Taib Mahmud [ Mahmud Abu Bekir Taib] Titanium Management.
 
Iban : Pasai Siong – Sungai Retus dirampas oleh saudara mara dan anak – anak Taib Masretus Oil Palm Plantation.
 
Penan : Kawasan di Mulu dirampas oleh Raziah Mahmud, Taib Mahmud. Mesti Bersatu Sdn Bhd, Borsarmulu Resort Sdn Bhd

Kawasan tanah yang dirampas di atas adalah sebahagian kecil sahaja dari jumlah tanah yang dirampas sebenarnya. Ini tidak termasuk kawasan tanah yang dirampas untuk melaksanakan Projek Empangan Bakun dan banyak lagi kawasan.

Menurut sumber juga kini cuma tinggal 5% sahaja kawasan hutan yang tinggal di Sarawak. Selainnya tanah-tanah hutan ini telah diagih-agihkan dikalangan King Taib @ Rajah Taib dan kerabat diRajah.
Ayuh rakyat Sarawak bersatulah menentang Regim Be End yang telah banyak merompak dan mencuri tanah rakyat Sarawak. 

No comments:

Post a Comment