About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Friday, April 15, 2011

AYUH BERUBAH!!! SELAMATKAN SARAWAK!!!

Kurang 12 jam sahaja lagi pembuangan undi bagi PRN Sarawak 2011. Harapan Pakatan Rakyat untuk menawan Sarawak kelihatan cerah walaupun media massa arus perdana menyatakan sebaliknya.Perkembangan seperti ini adalah satu igauan buruk Regim Ala Zionis Be End dan King Taib @ Rajah Taib. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menghalang kejatuhan Regim Ala Zionis Be End dan King Taib @ Rajah Taib. Antara taktik yang di kenalpasti ialah menakut-nakutkan pengundi agar tidak keluar mengundi dan pembelian undi. Nama yang lebih jijik ialah rasuah pilihanraya.

Kepada rakyat Sarawak suka diingatkan anda wajib mengundi untuk masa depan anda dan seluruh keturunan anda. Andai kata terdapat cubaan samseng-samseng untuk menghalang atau menakut-nakutkan pengundi, anda wajib untuk tidak mengendahkan mereka dan teruskan niat anda untuk menunaikan tanggung jawab anda. Anda mungkin boleh berbohong kepada mereka bahawa anda penyokong Regim Ala Zionis Be End, untuk memungkinkan anda lepas dari sekatan dabn ugutan mereka atau terus hubungi petugas Pakatan Rakyat yang terdekat. Ingat, bukan sahaja nasib kehidupan anda menjadi taruhan di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ini tetapi nasib anak cucu anda juga menjadi taruhan.

Semestinya, wang-wang sogokan atau rasuah akan bertaburan disana sini bagi memasti Regim Ala Zionis Be End berkuasa. Jikalau terdapat orang yang ingin menyogok wang kepada anda, ambillah wang itu kerana ia adalah wang anda, tetapi undi anda, anda berilah kepada Pakatan Rakyat. 

Fikirkanlah, apakah nilai wang tiga empat lima enam ratus yang mereka suap atau rasuahkan kepada anda berbaloi untuk menyerahkan nasib kehidupan anda dan keturunan anda? Anda sedar atau tidak setiap sen yang mereka suapkan kepada anda Regim Ala Zionis Be End dan King Taib @ Rajah Taib akan mengaut seribu kali ganda suapan itu kedalam poket dan kantung mereka? Apakah kita mahu melihat anak cucu kita sengsara atas sebab kesilapan kita memberi undi dan dokongan kepada Regim Ala Zionis Be End dan King Taib @ Rajah Taib? Fikirkanlah anak-anak Sarawak, apakah anda semua mahu terus ditipu dan dibeli oleh Regim Ala Zionis dan King Taib @ Rajah Taib?

Akhir sekali bacalah dan hayati lirik lagu 'Anak-anak Kita' Nyanyian M.Nasir. Alunan muziknya berlatarkan alay muzik Sarawak. 

ANAK-ANAK KITA

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu

AYUH ANAK-ANAK SARAWAK!!! UNDILAH UNTUK PERUBAHAN!!! SELAMATKAN ANAK-ANAK KITA!!!
SELAMATKAN SARAWAK!!!



No comments:

Post a Comment