About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Monday, April 11, 2011

PRN SARAWAK: SANDIWARA KING TAIB @ RAJAH TAIB (AKU DAH BOSAN)

KUCHING, 11 April – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan beliau hanya akan bersara dalam “beberapa tahun lagi” - pendirian yang ditegaskan selepas 24 jam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peralihan kepimpinan di Sarawak boleh disaksikan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri.Pengundian pilihan raya negeri akan diadakan Sabtu ini.

Persoalan yang penting dan yang besar adakah King Taib @ Rajah Taib ini boleh dipercayai? "Beberapa tahun lagi" yang dimaksudkan oleh King Taib @ Rajah Taib ini mungkin bermaksud satu penggal pemerintahan beliau lagi.Perkataan beberapa tahun ini ada berbagai erti. Apakah beliau menunggu agar mana-mana Putera Mahkota beliau cukup mencengkam politik Sarawak baru beliau melepaskan pemerintahan Sarawak ini kepada mana-mana Putera Mahkota beliau. ini boleh kita lihat sendiri beliau tidak sebulu atau tak bersefahaman dengan pimpinan Be End yang lain seperti Abang Johari atau Effendi Norawi.

Seandainya ada peralihan kuasa dalam masa terdekat apakah akan ada perunbhan yang akan dibawa oleh pimpinan Be End yang akan mengambil alih dari King Taib @ Rajah Taib? Mungkin akan ada perubahan dari segi kepimpinan twtapi percayalah, pimpinan yang tidak menghiraukan nasib rakyat tidak akan bawa perubahan yang baik kepada rakyat. Ini sememangnya sudah menjadi polisi atau cara pemerintahan pemimpin Be End.

Satu-satunya cara untuk rakyat Sarawak mendapat perubahan positif yang membawa kesenangan atau keutamaan kepada rakyat, rakyat Sarawak perlu melakukan perubahan tampuk pemerintahan kepada golongan baru iaitu Pakatan Rakyat. Ini telah terbukti keberkesanannya di negeri-negeri di perintah oleh Pakatan Rakyat seperti di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Setelah berlaku perubahan pemerintahan di negeri-negeri ini barulah rakyat di negeri-negeri tadi dapat perubahan positif dan lebih terjamin.

Di akhir artikel ini saya bawa satu lagu yang di popularkan oleh Amy Search bertajuk Aku Dah Bosan hayati senikatanya yang telah ditulis oleh Allahyarham Loloq.

Aku Dah Bosan

Beri aku tanda bilakan berakhir
mainan silapmata
tangan seni tukang sihir

Aku dah bosan (3x)
Melayani nafsumu

Kau sedang tertawa
Bermain benangmu
Sedang maharani menangis
Menonton kisah penyu

Aku dah bosan (3x)
Melayani Angan-angan mu
Aku dah bosan (3x)
Melayani Angan-angan mu…

Kau masih bermimpi
Bersanding di pelamin
Duda tiga kali
Masih nak jadi pengantin

Aku dah bosan (3x)
Melayani wayang mu..
Aku dah bosan (3x)
yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah…

Perlu perubahan perlu keadilan
Perlu memahami erti keindahan
Kurangkan Cengkaman
jangan pergunakan
Semoga aman

Aku dah bosan (3x)
Melayani Angan-angan mu
Aku dah bosan (3x)
Melayani wayang mu

Perlu perubahan perlu keadilan
Perlu memahami erti keindahan
Kurangkan Cengkaman
jangan pergunakan
Semoga aman

Sedang maharani menangis
menonton kisah penyu

Aku dah bosan (3x)
Melayani wayang mu
Aku dah bosan (3x)
Melayani wayang mu

(Perlu perubbahan)3X



No comments:

Post a Comment