About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Thursday, April 14, 2011

JANJI PAKATAN JANJI DITEPATI

Saudara-saudara ku Rakyat Sarawak sekelian. Esok adalah hari yang amat penting bagi menentukan nasib masa depan saudara-saudara ku sekelian. Semenjak manusia pertama tercipta, seluruh manuasia yang ada di muka bumi adalah bersaudara. Jadi adalah menjadi tanggung jawab kita untuk saling ingat mengingati sesama kita.

Pada bulan Mac 2008 tidak ramai yang dapat meramalkan kemenangan Pakatan Rakyat di negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak ( kemudian dirampas dengan cara yang paling tidak demokratik), tetapi itulah kenyataannya. Tahukah Saudara-saudaraku, rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mendapat hasil dari keberanian mereka memberi undi kepada satu kerajaan yang baru yang lebih telus dan berintegriti. Dalam masa 3 tahun hampir keseluruhan menifesto pilihanraya PR di negeri-negeri tersebut telah dapat dilaksanakan walaupun terdapat beberapa perkara yang dikekang oleh birokrasi Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Regim Ala Zionis Be End.


Yakinlah, menifesto Pakatan Rakyat boleh dan dapat dilaksanakan walau apa tohmahan dan perlekehan pemimpin Regim Ala Zionis Be End. Di Selangor tempohari Regim Ala Zionis Be End mengatakan jika Negeri Selangor akan Bankrap jikalau melaksanakan air percuma untuk kegunaan rakyat, tetapi ternyata kenyataan mereka meleset malah Selangor mampu melaksanakanya tanpa masalah, malah Kerajaan Negeri Selangor PR juga sudah mampu memberikan pinjaman mikrokredit untuk rakyat tanpa faedah.

Di bawah adalah ringkasan dari Menifesto Pakatan Rakyat bagi PRN Sarawak

1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di    samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.
3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.
4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta  pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.
8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga    dan lain-lain.
10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat  kelak.
Ayuh saudara-saudara ku, kita perlu beranikan diri untu merubah kerajaan yang ada sekarang. Kalian adah pahlawan sejati, hidupkan semangat Pahlawan Rentap yang gugur kerana inginkan perubahan. Cekalkan hati saudara seperti Rosli Dhoby yang gugur kerana mahukan perubahan. Mereka berdua mengunus senjata untuk mencari perubahan, tuan-tuan cuma perlukan pen atau pensel.
AYUH RAKYAT SARAWAK ESOK KUBURKANLAH REGIM ALA ZIONIS BE END
 

No comments:

Post a Comment