About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Friday, April 8, 2011

PRN SARAWAK: KAMI BUKAN BENCI TAPI SAYANG

Lama sudah saya bercuti dari menulis artikel. Sempena PRN Sarawak Lanun akan cuba menulis sekerap yang mungkin. Artikel kali ini kalau boleh sila berikan atau sebarkan kepada rakan-rakan anda yang menyokong Be End. Bukan apa, Lanun ingin menyatakan betapa Sayangnya Lanun kepada pemimpin-pemimpin Be End Sarawak yang setelah sekian lama hanyut dalam kuasa yang mereka miliki. 

Ramaimenyatakan apabila anda mengundi atau menyokong  calon selain dari Be End maka anda tidak sayang kepada Be End dan pimpinan negeri. Tapi sebenarnya tidak semestinya begitu. Terus terang Lanun nyatakan di sini, Lanun menyokong pihak Pakatan Rakyat atas dasar rasa kasih dan sayang kepada negara dan juga pemimpin yang ada sekarang ini. Mengapa sayang tapi tak sokong?

Lanun sebenarnya kasihan melihat mereka yang telah terlalu lama hanyut di dalam kekuasaan. Hingga mereka lupa apa sepatutnya dilakukan untuk kebahagiaan rakyat. Mereka telah menyalah gunakan kuasa untuk kepentingan diri mereka sendiri. Mereka sudah lupa daratan, mereka melakukan pelbagai kesalahan moral dan kewangan. Apakah mereka ini tidak akan diaili di dunia ini kalau tidak pun pasti akan diadili setelah mati? 

Oleh itu aku tujukan khas lagu "Pembakar Perasaan" nyanyiahn kumpulan Search, lirik oleh Bakri Johari.


PEMBAKAR PERASAAN

Berhentilah kataku berhenti
Terlalu sakit menyucuk hati
Berhentilah oh terlalu membakar perasaanku

Tak dapatkah kau mengenaliku
Apa yang ku suka dan ku benci
Tak dapatkah oh dirimu mempelajari mahuku

Sebagaimana ku mempelajari mahumu
Sahrusnya kau juga begitu
Barulah kita mengorak bahagia
Dan saling mengerti Oh Kasih......

Jangan kau memuja ribut dan taufan
Jangan kau memuja gelombang perasaan
Kerana bisa terpisah dari kebahagiaan
Dan akan terbakar diri...

Anggaplah ini satu didikan
Tanda sayang ku kepadamu
Dan bukanlah satu tanda kebencian oh sayang

Mengertilah Oh Sayang apa yang ku mahukan
Supaya tidak berkekalan
Barulah kita mengorak bahagia
Dan saling mengerti Oh Kasih......

Jangan kau memuja ribut dan taufan
Jangan kau memuja gelombang perasaan
Kerana bisa terpisah dari kebahagiaan
Dan akan terbakar diri...


No comments:

Post a Comment