About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Wednesday, January 26, 2011

UMNO KHIANAT SELAMAYA 3. (ERA MAHATHIR MOHAMED)

Dalam Era Mahathir adalah bermulanya pengkhianatan UMNO yang besar. Mungkin kerana pemerintahan Mahathir terlalu lama berbanding PM yang lain, itu tidak dapat di pastikan tetapi di dalam era inilah banyak pengkhianatan yang telah dilakukan.Pengkhianatan yang berbagai bentuk dan paling banyak sekali pengkhianatan yang melibatkan kewangan. 

Di Dalam Kongres Ekonomi Melayu yang Pertama, Bank Bumiputra telah ditubuhkan dibawah seliaan dan pengawasan Pejabat Perdana Menteri sepenuhnya. Bank ini sebenarnya untuk menjadi sandaran kepada orang melayu untuk memajukan ekonomi mereka.Pada tahun 1983,terjadilah satu skandal besar yang menyebabkan BMF anak syarikat Bank Bumiputra telah kerugian sebanyak USD 1 Billion (RM 2.5 Billion) dalam urusannya dengan Carrian Group. Dalam skandal di Hong Kong ini juga seorang auditor Bank Bumiputra, Jalil Ibrahim telah dibunuh. Laporan audit 1997 Bank Bumiputra telah rugi lagi RM 1.3 Billion. Dalam laporan audit juga, telah dapat jelas membuktikan Fleet Group, sebuah syarikat pelaburan UMNO telah mendapat banyak keuntungan dari Skandal-skandal Bank Bumiputra. 

Di Zaman Mahathir juga, syarikat penerbangan negara MAS telah di swastakan. MAS telah diserahkan dibawah selenggaraan kroni Daim iaitu Tajuddin Ramli. Di bawah penswastaan ini terlalu banyak masalah dihadapi oleh MAS. Ia membawa kepada beberapa kali wang rakyat dari Khazanah tekah disuntik dan akhirnya kerajaan Malaysia telah membeli balik pegangan saham Tajudin Ramli dengan harga yang tidak setimpal menggubnakan wang rakyat Malaysia. 
PERWAJA adalah satu projek anak emas Diktator Mahathir. Beliau sendiri yang memberi sokongan kuat kepada sebarang tindakan Pengarah Urusan  PERWAJA Eric Chia. Ini terbukti dengan adanya surat tulisan tangan dari Mahathir sendiri atas tindakan Eric Chia maka sebarang keputusan Lembaga Pengarah terpinggir. Terdapat banyak pembayaran dan transaksi yang meragukan telah di lakukan. Dari skandal ini negara telah kerugian sebanyak RM 10 billion.

Jikalau di kumpulkan seluruh penyelewengan dan pengkhianatan UMNO melalui kewangan ini terlalu banyak mungkin kita boleh membuat 3 atau 4 siri artikel yang melibatkan kewangan. kita tinggalkan dahulu penyelewengan kewangan.

Setiap rakyat Malaysia diajar dan wajib untuk patuh dan mendaulatkan undang-undang. Di Zaman Diktator Mahathir ini bermulanya era sistem undand-undang dan kehakiman negara di perkosa, dirogol dan diliwat oleh ahli politik pemerintah UMNO/BN. Sebermula tahun 1987, Mahathir telah memecat hakim-hakim yang tidak sebulu dengan beliau termasuklah Ketua Hakim Negara diwaktu itu iaitu Tu n Salleh Abas (yang pertama dipecat). Campurtangan kuasa politik keatas mahkamah dan penguasa undang-undang juga semakin ketara seperti didalam kes Rahim Thamby Chik, Kes Bakun dan yang paling jelas percobaan membohong rakyat di dalam kes-kes Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Setiap bangsa atau negara yang berjaya mereka akan mengagungkan bahasa kebangsaan negara mereka. Bertentangan dengan semangat Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, UMNO telah mengujudkan sistem pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Tanpa disedari sistem PPSMI telah membuat lebih ramai anak-anak Malaysia gagal dalam subjek tersebut. Jika kita lihat negara maju seperti Perancis, Jerman, Jepun, China, dan Korea, mereka tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai keutamaan. Hinggakan segala buku rujukan dan buku teks telah dialih bahasakan kepada bahasa negara mereka masing-masing.

Tanah Rizab Melayu mula pupus di Zaman Era Diktator Mahathir.Tanah rizab Melayu di kawasan yang bernilai tinggi dirampas dan menyerahkannya kepada pihak tertentu di atas nama pembangunan dengan memberi gantian tanah di tengah hutan (tempat jin bertendang).Pampasan yang diberi adalah jauh rendah dan tidak mengikut sekurang-kurangnya harga semasa. Ini akan memencilkan orang Melayu dari bandar.



Catatan pengkhianatan bangsat UMNO ini di Zaman Diktator Mahathir terlalu banyak dan boleh dibuat buku bersiri seperti buku Memoir Abdullah CD yang diterbitkan sebanyak 3 siri.

Thursday, January 20, 2011

UMNO KHIANAT SELAMANYA. 2 ( ERA SEBELUM MAHATHIR )

Selepas Malaya mencapai Kemerdekaan beberapa langkah yang UMNO lakukan dengan jelas mengkhianati Bangsa Melayu dan Islam seterusnya rakyat Malaya (kini Malaysia). UMNO amat aktif dalam perjudian. Judi adalah sejenis Virus yang boleh menghancurkan masyarakat. Umno dan Perikatan selepas itu BN telah mengujudkan Loteri Kebajikan Masyarakat iaitu satu jenis perjudian yang di promosikan secara besar-besaran. Wang hasil kutipan dari Loteri ini sebahagiannya di gunakan untuk membiayai UMNO. Promosi untuk perjudian selain dari Loteri Kebajikan Masyarakat ini agak kuat. Contohnya sewaktu tahun 70an kalau tak silap saya ada siaran secara lansung cabutan bagi keputusan TOTO. Seorang pemimpin UMNO dikala itu juga menjadi Pengerusi Magnum, sebuah syarikat nombor ekor. Mempromosikan judi ini adalah satu kesalahan bukan saja bagi umat islam tetapi kepada mereka yang bukan islam juga. Tidak ada agama atau fahaman didala dunia ini mengatakan judi itu sesuatu yang baik.

Sesuatu bangsa mempunyai bahasanya sendiri, identiti bahasa itu boleh dilihat pada tulisannya. Begitu juga bahasa Melayu. Tulisan bagi Bahasa Melayu adalah tulisan Jawi.Tulisan jawi pernah dihapuskan dari dipelajari di sekolah-sekolah. Sewaktu itu  Menteri Pelajaran adalah Almarhum Tan Sri Khir Johari. Diwaktu itu, banyak kitab-kitab agama islam adalah di tulis dalam tulisan jawi, tindakan UMNO ini secara tidak lansung menyukarkan umat islam untuk mengakaji atau bekajar agama. Selain Melayu UMNO, tidak ada rasanya sebuah bangsa yang mempunyai bahasa dan identiti bangsanya melupuskan tulisan bahasanya sendiri.

Selepas Demonstrasi Baling 1974, kerajaan  Malaysia di pelopori UMNO telah mewjuudkan  satu undang-undang drakonian yang menyekat gerakan pelajar di Universiti dan Kolej iaitu AUKU. Para pelajar telah disekat dari terlibat aktif dalam perkara-perkara melibatkan politik dan masyarakat. Gerakan pelajar ini amat penting di negara-negara yang maju kerana para pelajar universiti ini adalah golongan yang berpengetahuan  juga pemimpin masa depan bagi sesebuah negara. Dengan akta yang di wujudkan ini, maka wujudlah graduan-graduan yang tidak berfikiran terbuka serta perkembangan pelajar ini amat terhad kepada sukatan mata pelajaran mereka dan tidak terbuka. Berlansung dari itu, kita dapati taraf atau standard Universiti di negara kita menurun dari universiti yang disegani di rantau ini kepada universiti yang menduduki tangga kurang baik di rantau ini.

Ini adalah beberapa pengkhianatan UMNO kepada negara dan bangsa melayu khasnya sebelum era Mahathir. Selepas era Mahathir hingga kini , lebih banyak pengkhianatan dilakukan oleh rejim UMNO yang semakin menggila kerakusannya.

Wednesday, January 19, 2011

UMNO KHIANAT SELAMANYA. 1 ( SEBELUM MERDEKA DAN AWAL MERDEKA)

UMNO senantiasa melaung-laungkan bahawa merekalah satu-satunya pejuang Kemerdekaan Malaysia. Kenyataan mereka ini dapat kuat membuktikan kata-kata Stalin " Sejarah adalah milik ereka yang menang". Ternyata di dalam buku-buku teks sekolah dan sukatan pelajaran menyatakan UMNO adalah pejuang kemerdekaan dan pertubuhan dan parti-parti sebelum dan seanggkatan dengan  mereka adalah Radikal yang mengancam kestabilan. Apakah ianya benar? Jawapannya tidak dan UMNO telah menjadi pengkhianat kepada perjuangan Kemerdekaan sewaktu peringkat awal pejuanagn.


Sebelum Perang Dunia Ke Dua sudah terdapat beberapa pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Kesatuan Melayu Muda dan Parti Komunis Malaya. Selepas Perang Dunia Kedua, maka tumbuhlah pertubuhan-pertubuhan dan parti-perti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan. Di waktu itulah UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. UMNO diwaktu itu tidak memperjuangkan kemerdekaan, ini dibuktikan dengan kata-kata Dato' Onn Jaafar, Presiden UMNO di waktu itu "Sebatang jarum pun tidak mampu kita buat inikan pula hendak Merdeka". 

1948 Darurat di isytiharkan, segala pertubuhan dan persatuan diharamkan. Cuma satu pertubuhan sahaja yang tidak diharamkan dan dibenarkan bergerak ialah UMNO. Ini telah menjadi kemusykilan beberapa pihak di waktu itu terutama dikalangan pimpinan pertubuhan dan persatuan mengapa UMNO sahaja di benarkan bergerak. Di waktu itu populariti UMNO dan Penjajah British agak rendah berbandin Parti Kebangsaan Melayu Malaya, API, AWAS, Hisbul Muslimin, Parti Komunis Malaya dan lain-lain pertubuhan. Tidak salah jika kita meragui bahaya UMNO berkerjasama dan berpakat dengan Kerajaan Inggeris di waktu itu. Setidak-tidaknya UMNO bolehlah dianggap sebagai pengampu Kerajaan British.

Pada 28-29 Disember 1955 berlansungnya Perundingan Baling, yang mana UMNO yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman bersama-sama Tun Tan Cheng Lok, David Marshall dan Hamid Jumat.bertemu dengan wakil PKM iaitu Chen Ping, Rashid Maidin dan Chen Tian. Tujuan utama Tunku dalam perundingan itu adalah untuk mendapatkan sokongan dari pihak PKM dalam menuntut Kemerdekaan Malaya. Baliau mendapat sokongan penuh dari pihak PKM. Dalam Perundingan itu beliau memang tidak lansung mahukan sebarang perdamaian antara Kerajaan Malaya di waktu itu diterajui British dan PKM ini terbukti dari kata-katanya kepada wartawan Zaid Zahari diwaktu itu membuat liputan tentang Perundingan Baling itu.Dalam perundingan Baling, Tunku jelas tidak mahu perundingan itu mencapai persetujuan.  “No. I am not, I never wanted it to be a success”, itulah jawaban Tunku ketika ditanya tentang perundingan tersebut. Nak jelas lagi, sila lihat tulisan Pak Said Zahari MENITI LAUTAN GELORA muka 296 – 304. Maka Parti Komunis Malaya menjadi batu loncatan dan ugutan kepada pihak British.

Di dalam Perundingan Baling juga Tunku ada berjanji kepada deligasi PKM bahawa beliau akan menyusun satu lagi rundingan dengan pihak PKM. Namun setelah Merdeka tidak ada sebarang perundingan atau perdamaian dengan pihak PKM. Ada kemungkinan beliau takut pengaruh beliau dan UMNO pada waktu itu menurun dan merosot atau mungkin akan kehilangan kuasa seandainya ahli-ahli PKM di beri pengampunan dan dibenarkan aktif.

Tuesday, January 18, 2011

10 PRINSIP PUTERA-AMCJA

Selepas Perang Dunia Ke-Dua, sekitar tahun 1947 telah terdapat beberapa pertubuhan parti politik wujud di Malaya. Pertubuhan-pertubuhan ini memperjuangkan Kemerdekaan Malaya. Beberpa pertubuhan ini telah telah membentuk satu perikatan beberapa tahun sebelum Perikatan sendiri  mengadakan ikatan dan persefahaman antara  Parti. PUTERA adalah gabungan beberapa Parti dan pertubuhan melayu di ketuai oleh Ishak Haji Mohamad dan AMCJA pula adalah gabungan Parti dan Pertubuhan bukan melayu di ketuai oleh Tan Cheng Lock. Seterusnya kedua-dua gabungan ini membuat ikatan PUTERA-AMCJA. Ikatan ini telah mengujudkan 10 prinsip teras bagi kesatuan mereka. Prinsp tersebut adalah seperti berikut:-
1.       Malaya Bersatu, termasuk Singapura.
2.       Satu Dewan Perundangan Pusat di seluruh Malaya dengan keseluruhan ahlinya dipilih oleh orang ramai.
3.       Hak-hak politik yang sama bagi semua orang yang mengangap Malaya sebagai tanahairnya sebagai tumpuan taat setia.
4.       Sultan-sultan Melayu haruslah mengambil tempatnya sebagai raja-raja berpelembagaan yang berdaulat penuh dengan menerima nasihat-nasihat rakyat melalui institusi yang demokratik bukan ‘penasihat-penasihat’ Inggeris.
5.       Perkara-perkara yang berhubung dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu haruslah diletakkan di bawah penguasaan orang-orang melayu semata-mata.
6.       Perhatian khas haruslah diberikan kepada kemajuan orang melayu.
7.       Bahasa Melayu haruslah menjadi Bahasa Kebangsaan dan Rasmi yang tunggal bagi Malaya.
8.       Pertahanan dan hal  ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersana Kerajaan Malaya dan Kerajaan Inggeris.
9.       Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan ‘Melayu’ dengan pengertian luas dan progresif.
10.   Merah dan putih haruslah dimasukkan sebagai latarbelakang Bendera Kebangsaan Malaya.
Prinsip dari nombor 1 hingga 6 adalah prinsip asas AMCJA, iaitu gabungan parti dan pertubuhan bukan Melayu. Dari prinsip diatas, setiap kaum di Malaysia telah telah lama mencapai kesefahaman berkenaan Raja-raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, Hak Orang Melayu dan sebagainya yang mana dikononkan ia diancam oleh beberapa pihak. Dengan secara tak lansung juga kempen 1 Malaysia yang dibawa oleh Najib Razak adalah sekadar slogan baru untuk menaikkan nama beliau (nak glamour).