About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Tuesday, January 18, 2011

10 PRINSIP PUTERA-AMCJA

Selepas Perang Dunia Ke-Dua, sekitar tahun 1947 telah terdapat beberapa pertubuhan parti politik wujud di Malaya. Pertubuhan-pertubuhan ini memperjuangkan Kemerdekaan Malaya. Beberpa pertubuhan ini telah telah membentuk satu perikatan beberapa tahun sebelum Perikatan sendiri  mengadakan ikatan dan persefahaman antara  Parti. PUTERA adalah gabungan beberapa Parti dan pertubuhan melayu di ketuai oleh Ishak Haji Mohamad dan AMCJA pula adalah gabungan Parti dan Pertubuhan bukan melayu di ketuai oleh Tan Cheng Lock. Seterusnya kedua-dua gabungan ini membuat ikatan PUTERA-AMCJA. Ikatan ini telah mengujudkan 10 prinsip teras bagi kesatuan mereka. Prinsp tersebut adalah seperti berikut:-
1.       Malaya Bersatu, termasuk Singapura.
2.       Satu Dewan Perundangan Pusat di seluruh Malaya dengan keseluruhan ahlinya dipilih oleh orang ramai.
3.       Hak-hak politik yang sama bagi semua orang yang mengangap Malaya sebagai tanahairnya sebagai tumpuan taat setia.
4.       Sultan-sultan Melayu haruslah mengambil tempatnya sebagai raja-raja berpelembagaan yang berdaulat penuh dengan menerima nasihat-nasihat rakyat melalui institusi yang demokratik bukan ‘penasihat-penasihat’ Inggeris.
5.       Perkara-perkara yang berhubung dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu haruslah diletakkan di bawah penguasaan orang-orang melayu semata-mata.
6.       Perhatian khas haruslah diberikan kepada kemajuan orang melayu.
7.       Bahasa Melayu haruslah menjadi Bahasa Kebangsaan dan Rasmi yang tunggal bagi Malaya.
8.       Pertahanan dan hal  ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersana Kerajaan Malaya dan Kerajaan Inggeris.
9.       Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan ‘Melayu’ dengan pengertian luas dan progresif.
10.   Merah dan putih haruslah dimasukkan sebagai latarbelakang Bendera Kebangsaan Malaya.
Prinsip dari nombor 1 hingga 6 adalah prinsip asas AMCJA, iaitu gabungan parti dan pertubuhan bukan Melayu. Dari prinsip diatas, setiap kaum di Malaysia telah telah lama mencapai kesefahaman berkenaan Raja-raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, Hak Orang Melayu dan sebagainya yang mana dikononkan ia diancam oleh beberapa pihak. Dengan secara tak lansung juga kempen 1 Malaysia yang dibawa oleh Najib Razak adalah sekadar slogan baru untuk menaikkan nama beliau (nak glamour).  

No comments:

Post a Comment