About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Sunday, November 14, 2010

ZAID IBRAHIM: SIAPAKAH GERANGANNYA????

Sebermula ahad yang lalu 7 November 2010 secara tiba-tiba Zaid Ibrahim menjadi bintang pujaan di media-media arus peradan terutamanya Utusan Mengarut, TV3suku, Rancangan Tipu Malaysia dan suku sakat mereka yang sewaktu dengannya. Serangan beliau terhadap pimpinan PKR adalah amat jelas dan boleh di kategorikan serangan yang beragenda. Apakah beliau ini agen kepada parti pemerintah yang senantiasa berhasrat untuk melemahkan dan menjatuhkan PKR seterusnya Pakatan Rakyat.
Serangan beliau amat terujurus dan tepat mengarah kepada  YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sewaktu perbicaraan kes Saiful Buka Hari Hari agak tenggelam diperkatakan. Ia nampak seolah-olah satu rencana dan rancangan tersusun untuk memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dimata umum. Beliau mengatakan terdapat kepincangan di dalam pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tetapi tidak berdemo atau melakukan sidang akhbar menyarankan mereka yang bertanggungjawab di dalam JPP untuk letakjawatan, tetapi di dalam sidang akhbar tesebut beliau menyarankan Saudara YB Azmin Ali dan YAB Dato' Seri Anwar meletakkan jawatan. Ini adalah menghukum penjara seorang bapa apabila Si Anak mencuri.

Beberapa hari selepas itu menderu-deru pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan bahawasanya Zaid Ibrahim bukan Agen UMNO untuk menjatuhkan PKR. Diwaktu yang sama tidak ada kenyataan rasmi tuduhan dari pihak mana-mana parti di dalam pakatan rakyat mengatakan Zaid adalah agen UMNO. Mengapa pemimpin Umno menggelabah di dalam hal ini hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui. Apakah Zaid akan masuk semula ke dalam UMNO?

Pada hemat saya, beliau tidak akan melompat masuk semula ke dalam UMNO ianya dalah atas beberapa sebab. Pertamanya, jika beliau masuk semula ke dalam UMNO, maka nampak jelas sangatlah beliau menjadi agen Umno untuk merosak dan memecah belahkan PKR dan Pakatan Rakyat. ALgipun startegi ingin membawa ahli PKR masuk ke UMNO dilihat gagal kerana ramai pemimpin yang melompat telah mencuba cara tersebut tetapi tidak berjaya.Beliau juga dijangka tidak akan masuk PAS atau DAP kerana jiwa beliau yang tidak sesuai dengan kedua-dua parti tadi.

 Opsyen yang ada adalah mewujudkan satu parti politik yang baru sebagai serpihan dari PKR seperti mana Ibrahim Ali mewujudkan BERJASA. Pada hemat saya parti ini tidak akan masuk Pakatan Rakyat atau BN tetapi bertindak sebagai pemecah undi Pakatan Rakyat di Negeri Selangor. Ini hanya jangkaan dan ramalan, segalanya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

No comments:

Post a Comment