About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Monday, February 7, 2011

Suara Rakyat Mesir, Suara Rakyat Malaysia

Beberapa tahun yang lalu, sebelum selepas 2 September 1998 ada sebuah lagu yang biasa dinyanyikan di dalam  himpunan-himpunan aman di Malaysia. Nampaknya lagu itu kini sesuai sangat dinyanyikan di Medan Tahrir Mesir. Sebahagian dari senikatanya yang masih saya ingat selebihnya agak terlupa

Suara rakyat, suara rakyat,
Suara Rakyat laungkan,
Kita bangun, kita bangun,
Kita bangun dan lawan.

Bersatulah semua bangsa,
hindarkanlah prasangka,
Jangann  kita terpedaya,
Tipu helah penguasa.

Selalunya nyanyian in dinyanyikan oleh sekumpulan anak muda, yang kini ada yang telah menjadi YB dan pendokong Parti. Lagu ini lagu demonstrasi, ia dinyanyikan untuk menentang sebuah sistem diktator. Samalah seperti yang berlaku di Mesir.

Mesir telah lama di kuasai Diktator, malah lama sebelum Diktator Mubarak itu sendiri. Jikalau kita imbas kembali sebenarnya pemerintahan diktator di Mesir telah bermu;la dari tahun 1956 dibawah pemerintahan Gamal Abdul Nasir yang bertopengkan anti imperialis walhal dia adalah sahabat atau pakatan kepada US dan Britain. Ini terbukti dengan apa yang telah beliau lakukan kepada Ikhwan Muslimin dan pimpinan-pimpinan Ikhwan.Selepas Gamal Naser Mesir di kuasai pula oleh pengkhianat bangsa Arab yang bernama Anwar Sadat, setelah Anwar Sadat terbunuh maka naiklah Hosni Mubarak sebagai penyambung dinasti diktator di Mesir.

Satu jangka masa yang agak sama tempohmasa pemerintah-pemerintah rejim di Mesir dan Malaysia. Mesir 1956, Malaysia 1957. dan tempoh masa melebihi setengah Abad. Ayuh rakyat Malaysia,! Ayuh anak Malaysia! Kita tumbangkan regim diktator di Tanah Tumpah Darah kita ini di dalam PRU 13. Ku doakan agar tidak perlu kita melakukan perkara yang sama seperti di Mesir. Hidup Keadilan! Hidup Keamanan! Hidup Malaysia!

1 comment: