About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Thursday, February 17, 2011

UMNO DAN HITLER

Hampir seluruh dunia tahu atau kenal dengan NAZI, iaitu satu parti yang pernah berkuasa di German sewaktu Perang dunia Ke-2. NAZI sewaktu dipimpin oleh Adolf Hitler di lihat sebagai sebuah parti perkauman yang berbangga dengan bangsa Aryan iaitu asal usul bangsa German yang ada sekarang ini. UMNO pula adalah sebuah parti perkauman melayu yang berkuasa di Malaysia. Ada persamaan antara UMNO dan NAZI, tetapi NAZI di bawah Adolf Hitler di cap di seluruh dunia sebagai pimpinan kejam dan zalim.

Di dalam persamaan kedua-dua parti ini, ramai yang menyangka Nazi adalah lebih teruk semagat perkauman mereka dan lebih keras terhadap agama lain. Majoriti agama anutan rakyat German adalah Kristian Katolik, dengan itu adalah dilihat mereka pastinya akan menekan agama lain selain agama anutan jika mereka benar-benar begitu rasis. Kenyataannya ialah Adolf Hitler tidak bersikap sebegitu, mereka cuma bermusuhan dengan kaum Yahudi sahaja, yang mana di waktu itu Yahudi telah menekan ekonomi mereka. Kepada bangsa lain beliau tidak bersikap demikian, malah pada ramai juga tentera meraka berbangsa lain selain German. Hitler sendiri apabila mengadakan rapat umum bersama tentera mereka di Berlin menunggu sehingga tenteranya yang beragama islam selesai solat berjemaah di Dataran Berlin baharulah aturcara pada hari itu dimulakan. Berbeza dengan sikap UMNO yang amat prejudis terhadap agama lain sehinggakan mereka sanggup mengarak kepala lembu dan memijaknya sebagai tanda bantahan pembinaan kuil Hindu di Shah Alam.

UMNO adalah sebuah parti rasis melayu yang beragama islam, namun begitu mereka menganggap agama islam itu tidak lebih dari sudut ibadah fekah. Umno menganggap perundangan dan hukum-hukum di dalam Islam tidak semua boleh diguna pakai untuk generasi sekarang. Walhal kalau mengikut ajaran tauhid di dalam ugama Islam, Allah maha mengetahui, maka adalah sesuatu yang amat mustahil Allah tidak mengetahui tentang ujudnya Malaysia yang mempunyai penduduk penduduk pelbagai kaum. Maka sudah pasti hukum dan perudangan Islam tetap relevan hingga akhir zaman. Hitler menganggap Ajaran Islam adalah sebuah Tamadun yang serba lengkap dan indah malah beliau sendiri amat bersedih dengan sikap masyarakat Arab Islam yang asyik bertelagah sesama sendiri di waktu itu.

Adolf Hitler adalah seorang beragama Kristian Katolik, namun begitu beliau amat menghormati dan banyak mengambil khidmat nasihat Ulamak Islam diwaktu itu. Ini amat berbeza dengan pimpinan UMNO yang selalu memperkecil-kecil dan menghina ulamak malah pernah ada pemimpin UMNO yang menghina Rasullallah SAW ( Mahathir menghina sunah Nabi Muhammad SAW iaitu sunah menyimpan janggut dan beberapa perkara lagi).

Hitler dan UMNO mempunyai persamaan yang nyata iaitu mereka menangkap dan menyiksa penentang-penentang mereka. Hitler menggunakan polis rahsianya GESTAPO untuk menahan dan menyiksa penentang-penentangnya, manakala UMNO menggunakan SB untuk menahan dan menyiksa pemimpin yang menentang mereka dengan alasan keselamatan dalam negeri iaitu undang-undang ISA. Penahanan di bawah ISA tidak perlu pendakwaan di mahkamah dan tahanan akan ditahan dipusat tahanan serta dikenakan penyiksaan untuk mendapatkan maklumat dan menekan tahanan dari segi fizikal mental.

Sebenarnya banyak lagi persamaan dan kebobrokan UMNO berbanding Hitler. Andaikata di tulis dan di senaraikan ia sudah pasti terlalu panjang dan boleh dijadikan sebuah buku politik.

No comments:

Post a Comment