About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Thursday, February 10, 2011

PAKATAN RAKYAT PERLU GUNA BUKU JINGGA

Pilihanraya Kecil Tenang telah berlalu dengan Pakatan Rakyat mengalami kekalahan. Satu perkara yang dapat diperhatikan beberapa kesilapan dikalangan jentera Pakatan Rakyat yang perlu diperbaiki dan dipertajamkan. Di dalam PRK Tenang kebanyakan penggerak atau jentera pilihanraya kita cuba menerapkan idelogi kepada pengundi bukannya produk sedangkan Pakatan Rakyat mempunyai produk yang amat ditakuti oleh lawan iaitu perkara-perkara yang telah ditulis di dalam buku jingga.

Dalam sebarang Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum, bukanlah masanya untuk kita terlalu tertumpu untuk menyebarkan ideology. Ini disebabkan majoriti pengundi hendak tahu atau mahu tahu apa yang boleh kita berikan kepada pengundi. Waktu kita untuk menyebarkan ideologi adalah sebelum pilihanraya dan bukan sewaktu pilihanraya. Atau apakah petugas kita sendiri tidak dapat mahu membezakan yang mana satu ideologi yang mana satu produk.

Cerita tentang prinsip perjuangan, keadilan, kebebasan dan ketelusan adalah lebih cenderung kepada ideolofi bukan produk yang ingin kita berikan kepada pengundi atau rakyat. Maksudnya kita perlu memperbanyakkan penerangan berkenaan produk lebih dari penyebaran ideologi. Rakyat majoritinya tahu dan faham akan keburukan dan kebobrokan yang dibawa oleh lawan, tetapi mereka juga tidak tahu apa yang boleh kita beri kepada mereka.

Memang benar pilihanraya kecil kebanyakannya tidak dapat memberi impak kepada sebarang perubahan di dalam satu-satu Kerjaan Negeri atau kepada Kerajaan Persekutruan, tetapi kita dapat menilai penerimaan rakyat kepada produk yang kita bawa, juga ia dapat menilai cara penyampaian dan pergerakan jentera pilihanraya kita. Satu yang amat penting ialah kita perlu mempromosikan buku jingga kita agar rakyat tahu, perkara-perkara yang terkandung di dalam buku jingga itu adalah jenama Pakatan Rakyat dan apabila lawan melakukan atau menjalankan perkara tersebut mereka tidak Berjaya untuk mempengaruhi rakyat bahawa yang mereka lakukan adalah idea mereka, mereka akan dilihat oleh masyarakat tidak lebih sebagai peniru atau penciplak dan cuma melakukan perkara tersebut atas desakan atau tekanan dari pihak Pakatan Rakyat.

PRK yang paling hampir adalah PRK Merlimau, walaupun kawasan ini adalah satu kubu kuat lawan, inilah peluang Pakatan Rakyat untuk mengkaji kecenderungan pengundi lebih-lebih lagi di kawasan kubu kuat lawan. Jentera kita perlu diperkemaskan dan diberi pengetahuan yang lebih terperinci berkenaan isi kandungan Buku Jingga yang menjadi ketakutan pihak pimpinan lawan. Dari ini juga, kita di Pakatan Rakyat dapat menilai sejauhmana pengetahuan jentera Pakatan dan penerimaan rakyat terhadap Buku Jingga.

No comments:

Post a Comment