About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Tuesday, March 15, 2011

ANTARA SEMAH, NUKLEAR DAN RASUAH

Semah bini Najib membuat kejutan besar, dalam kenyataan beliau berkenaan tragedi yang terjadi di Jepun. Beliau membayangkan tragedi tersebut berpunca dari kelalaian pihak kerajaan negara berkenaan yang terlalu memikirkan kemajuan pesat tanpa menghiraukan kehijauan alam sekitar. Kenyataan beliau adalah seperti berikut, "Ini.. pada diri saya, adalah satu pengajaran kpd negara2 lain utk apa2 pun mereka nak buat ataupun sebarang pembangunan yang mereka ingin lakukan, seharusnya mengkaji dulu keadaan sekeliling & mengaitkan dgn 'Green Technology'.. err.. err... termasuk juga negara kita."

Wahhh! Hebat sungguh dia mengata orang lain. Macamkan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh parti laki dia tu buat kajian alam sekitar untuk pembangunan. Kebiasaannya apabila puak-puak parti laki dia nak buat pembangunan bukan sahaja alam sekitar terjejas, malah menjadi kebiasaan mereka menekan penduduk di kawasan tersebut. Lihat sahajalah pembinaan Empangan Bakun yang di pelopori mentor laki dia, mereka menekan ramai Orang Asal yang tinggal disekitar kawasan tersebut.

Timbalan Laki Semah, Muhyidin telah mengumumkan Malaysia akan tetap membina loji nuklearnya menjelang tahun 2021. Di sebalik kebocoran radioaktif di Jepun berikutan gempa bumi kuat yang mengegarkan negara itu, Malaysia tetap dengan cita-citanya membina loji tenaga nuklear, kata timbalan laki Semah, Muhyiddin. Katanya agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini. "Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun.Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya. 

Saya bersetuju dengan penggunaan tenaga nuklear sebagai salah sumber tenaga tetapi apakah benar negara kita Malaysia akan benar-benar membuat kajian alam sekitar dan juga melakukan langkah-langkah keselamatan yang ketat dalam merialisasikan cita-cita loji nuklear. Rasanya tidak mungkin perkara ini terjadi. Lebih-lebih lagi apabila projek pembinaan loji-loji nuklear itu dapat kepada Semah bini Najib dan sedara mara serta kroni atau Din Sembab dan sedara mara atau kroni. Bila pimpinan di atas terdiri dari pimpinan yang korup apakah jaminan keselamatan rakyat apabila loji-loji nuklear ini dibina? Apakah jaminan yang dapat mereka beri bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan loji tersebut akan mengikut kehendak ciri-ciri keselamatan  yang sepatutnya? Apakah jaminan segala aspek keselamatan andainya berlaku kemalangan kepada loji akan menepati kehendak yang sepatutnya? Tetapi yang paling penting sekali, APAKAH TIDAK ADA RASUAH SEWAKTU PEMBINAAN, OPERASI DAN KESELAMATAN LOJI-LOJI TERSEBUT?


1 comment: