About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Monday, March 21, 2011

PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK PENENTU PRU 13???

Secara rasminya semalam DUN Sarawak telah di bubarkan, kini rakyat Malaysia khasnya penduduk negeri Sarawak menunggu pula pengumuman SPR bilakah tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi Negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Banyak pihak memberi perhatian kepada Pilihanraya Negeri Sarawak ini. Bukan sekadar siapa menang atau siapa yang kalah dalam Pilihanraya negeri ini tetapi jumlah majoriti dan jumlah undi didapati juga menjadi perhatian. Secara kasarnya, sebarang keputusan Pilihanraya negeri ini akan mempengaruhi Laki Semah untuk menetukan bilakah tarikh yang paling sesuai untuk diadakan PRU 13 nanti.

Banyak pihak menjangkakan bahawa tarikh PRU 13 ini akan dipengaruhi oleh keadaan ekonomi negara yang kemungkinan akan pulih selepas perdamaian di Semenanjung Korea yang dijangka akan termetarai akhir tahun ini. Tetapi kejadian Tsunami dan letupan loji Nuklear di Jepun serta serangan Tentera Bersekutu keatas Libya berkemungkinan melambatkan pemulihan ekonomi dunia termasuklah negara kita Malaysia walaupun perkara ini akan dinafikan oleh Laki Semah dan konco-konco pak turutnya. Secara tidak lansung Laki Semah tidak boleh meletakkan penggantungan harap kepada pemulihan ekonomi untuk mengumumka PRU 13. Oleh sebab itu Pilihanraya Negeri Sarawak ini akan menjadi penunjuk kepada boleh atau tidak PRU 13 dijalankan dalam masa terdekat.
Laki Semah sememangnya tidak bergantung harap kepada kerusi-kerusi Parlimen di negeri-negeri Semenanjung Malaysia, kerana populariti partinya sememangnya tidak berada didalam keadaan yang baik. Pergantungan kepada kerusi-kerusi Parlimen dari negeri Sarawak adalah menjadi satu perkara atau satu strategi dianggap releven kerana Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen. Andainya dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ini parti Laki Semah berjaya menyapu bersih atau menang besar didalam pilihanraya Negeri ini,maka Laki Semah akan mengumumkan pembubaran Parlimen dan PRU 13 akan berlaku didalam tahun ini juga. Kemungkinan akan diadakan didalam bulan November atau Disember.
Tetapi seandainya keputusan agak kurang memuaskan iaitu sekiranya Parti Laki Semah mendapati majoriti kemenangan  di sana berkurangan maka kemungkinan PRU 13 tidak dapat diadakan pada tahun ini. Ini diambil kira dari sikap Laki Semah yang pengecut. Mungkin PRU 13 akan diadakan pada tahun hadapan. Itupun bergantung kepada keadaan semasa.

Seandainya dalam Pilihanraya Negeri Sarawak Parti Laki Semah tidak dapat majoriti 2/3 dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, saya menjangkakan Laki Semah mungkin akan menangguhkan PRU 13 sehingga tarikh akhir tempoh penggal iaitu pada tahun 2013. Diwaktu itu Laki Semah bersedia atau tidak, beliau tetap perlu mengumumkan tarikh PRU 13. 

Namun begitu, kita perlu mengharapkan satu keputusan yang bijak dari Rakyat Sarawak dalam menentukan masa depan mereka. Apakah mereka mahu diri mereka ditipu dan diperbodohkan Laki Semah dan wakilnya di Sarawak iaitu Rajah Taib dan keluarga atau berubah untuk menjayakan perubahan penting untuk diri mereka dan anak cucu mereka.

No comments:

Post a Comment