About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Monday, April 11, 2011

PRN SARAWAK: KAYA TAPI TAK KAYA, BE END MERATAH MARUAH RAKYAT SARAWAK

Sarawak adalah sebuah negeri yang amat kaya dengan sumber alam semulajadi. Menurut Jabatan Perangkaan yang dikemaskini pada November 2010 Sarawak merupakan negeri ke-4 menyumbang kepada KDNK negara pada tahun 2008. Pendapatan per kapitanya pula adalah RM 32,318.00 iaitu yang kedua terbesar di belakang Kuala Lumpur. Pendapatan kasar bulanan isirumah untuk Sarawak pula ialah RM 3,349.00.

Wah!!!! Hebat!! Kaya!! Memang kaya!!!! Sudah tentu seluruh rakyat Sarawak ni mewah kehidupan mereka. Sudah pasti anak-anak Sarawak tidak perlu pergi keluar dari negeri mereka untuk mencari pekerjaan. Sudah tentu dengan kekayaan yang ada ini tentulah negeri Sarawak mempunyai banyak peluang pekerjaan. Sudah pastinya rakyat negeri Sarawak kehidupan mereka pasti lebih mewah dari Selangor jikalau dikira dari pendapatan perkapitanya.

Apakah itu realiti kehidupan rakyat di Sarawak? Semua tahu bukan itu sebenarnya realiti kehidupan rakyat Sarawak. Kehidupan rakyatnya amat jauh lebih rendah dari nilaian dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan. Jadi kemanakah hilangnya segala angka-angka yang melambangkan kekayaan Negeri Sarawak itu. Siapa yang mengambilnya? Untuk apa atau untuk siapa segala kekayaan itu digunakan atau diberi?

Sekian lama, King Taib memerintah di Sarawak rakyat Sarawak digula-gulakan dengan polituik kemudahan asas. Sedarkah Rakyat Sarawak kekayan negeri itu telah di samun, dirompak dan dicuri oleh pimpinan Be End yang diketuai oleh lanun yang menggelar dirinya King Taib atau Rajah Taib. Rakyat perlu sedar, bukan King Taib @ Rajah Taib merompak berseorangan diri, dia merompak secara berkumpulan bersama pimpinan Be End negeri Sarawak yang lain.

Kepada Rakyat Sarawak pada 16 April ini, lakukanlah perubahan. Tukarlah kerajaan Be End ini kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri dari Parti-parti PAS, DAP dan KeADILan. Jangan biarkan maruah rakyat Sarawak diinjak2 dengan bayaran tiga, empat lima enam ratus ringgit yang di tabur oleh Be End dan agen-agennya. Inoi bukan bermakna tuan-tuan tidak boleh mengambil duit yang ditaburkan oleh anasir Be End untuk merasuah undi tuan-tuan, boleh ambil. Ambillah, tapi jangan beri undi kepada mereka. Jadilah pengundi yang bijak.

No comments:

Post a Comment