About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Thursday, March 24, 2011

LAWAK KEPUTUSAN SPM

Pada kebiasaannya saya menulis isu yang agak berat dan menjurus kepada politik. Tapi kali ini saya nak relaks sebentar. Bukan apa, bila terlalu banyak benda yang boleh dijadikan bahan kekadang otak boleh jadi jam. Aku terlihat posting sorang kawan aku ni yang aku anggap agak menarik jugak.Postingnya berbunyi macam ni.

Malam tadi aku berborak dgn kengkawan pasal keputusan SPM. Kawan aku mengeluarkan satu statistik kejayaan secara tidak rasmi seperti berikut. Terdapat 4 jenis keputusan yang didapati oleh pelajar....
A. Golongan berkeputusan Cemerlang.
B. Golongan yang berkeputusan Baik
C. Golongan yang berkeputusan yang cukup makan
D. Golongan yang gagal
Apabila telah tamat segala pengajian dan masing-masing berkerjaya.... pada kebiasaannya ......
A. Golongan A akan menjadi professional seprti Doktor, Peguam, Hakim dan lain-lain jawatan professional.
B. Golongan B akan menjadi administrator yang mana administrator inilah yang akan mengawal selia golongan A.
C. Golongan C kebanyakannya menjadi ahli politik yang mana mereka ini menguasai golongan A dan B.
D. Golongan D kebanyakanya akan menjadi gengter, underworld, mafia, dan kumpulan-kumpulan yang seangkatan dengannya yang mana mereka ini mampu menguasai org politik....

Soalannya..... Golongan mana yang sebenarnya hebat?????

No comments:

Post a Comment