About Me

Tahukah anda bahawa sewaktu Zaman Penjajah di Nusantara, Kumpulan-kumpulan Lanun kebanyakanya adalah terddiri dari pejuang-pejuang? Kebanyakan mereka adalah terdiri dari mereka yang menjadi buruan penjajah. Mereka merompak kapal dagang penjajah untuk membiayai kempen perang menentang penjajah dan merampas senjata mereka untuk tujuan sama. Apabila Indonesia dan Tanah Melayu Merdeka, kumpulan lanun-lanun sudah tiada lagi di Selat Melaka.

Wednesday, February 23, 2011

NAJIB SOKONG DEMONSTRASI?

Petikan dari Berita Harian

ISTANBUL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak harus menggunakan kekerasan menangani tunjuk perasaan.

“Kami berpendapat beliau tidak harus menggunakan kekerasan, ” katanya kepada AFP di sini, semalam.“Apa yang penting adalah bagi kita mengambil kira aspirasi rakyat... sistem pemerintahan haruslah sah, berdasarkan sokongan diberikan rakyat.

Penduduk negara Arab dan Afrika Utara “memberi isyarat jelas” tuntutan mereka untuk perubahan dan pembaharuan, kata Perdana Menteri yang mengadakan lawatan rasmi ke Turki.

Biar betul Najib ni. Sebok kata negara orang lain tak patut guna kekerasan. Tapi kat negara sendiri kalau ada Demo segera aje die antar FRU dan juga SB. Kalau dasar penipu munafik tu memang macam ni lah.... Apakah kalau dah ada demonstran ditembak mati baru di kira kekerasan??? Apakah kekerasan dimaksudkan Najib ni ada pengertian mengikut acuan dia dam Rosmah sendiri???? Pikir-pikirkanlah.

No comments:

Post a Comment